Pages

Tuesday, October 20, 2015

Penipuan ECCOMATE (Kisah 2014)

(Jumaat 16/5/2014) 10.30pagi
Mak saya dan saya serta adik saya berhasrat untuk membeli barangan keperluan di Pasaraya Nirwana, Kubang Kerian, Kelantan. Saya ditegur oleh jurujual untuk mengisi borang. "Kami sedang melakukan survey / kajian..."Ini adalah sempena Promosi barangan syarikat mereka. Barangan seperti induction cooker, vakum cleaner, penapis air, periuk belangga dan lain-lain lagi. Pada mulanya, mak saya menolak, tapi katanya isi borang je kak. Tolong dia isi survey dimana cawangan lain yang patut syarikat dia buka. Dia dapat RM3 untuk setiap pelanggan yang hanya isi satu borang. Satu bonus untuk dia jika ketiga-tiga kami isi borang survey tersebut. Disebabkan simpati, kami bersetuju untuk isi survey. Setelah isi, saya diberi satu biodegradable beg untuk isi barang sebab katanya Nirwana tidak menyediakan plastik pada hari ini (Jumaat 16/5/2014). Kami pun tak pasti, tapi kami terimalah sebab percuma. Kami pun bergegas keluar kedai untuk membeli barang dapur.
Jurujual tu cepat tahan kami. Sabar, katanya, dalam setiap beg ada satu voucher. Cuba la buka dulu. Mak saya kata, nanti-nantila, lepas beli barang kami datang balik. “Sekejap, sabar kak..cuba koyak kad ni dulu. Selalu tulis TERIMA KASIH saja..kita cuba tengok dulu.  Jurujual tu ambil voucher dan tolong koyakkan untuk kami dan suruh saya buka... Saya tengok voucher tu ada perkataan tahniah dan ada voucher RM50, LIMITED EDITION gambar induction cooker + penapis air yang kedua-duanya berjumlah RM6k++.  Saya tunjukkan voucher tu dan tiba tiba jurujual tu terbeliak biji mata macam terkejut (buat-buat terkejut rupanya).
"Tahniah anda adalah pemenang bertuah ..."
"Tak sangka anda juga pemenang yang amat bertuah hari ini" 

Dia cakap TAHNIAH sebab dah menang besar. Dia cakap dia pun tak pernah tengok kad tu. Katanya, kami dapat hadiah besar. Kebetulan kami tengok ada barang penapis air ditulis nama kawan mak saya yang mengajar di sekolah yang sama. Jurujual tu memancing lagi, kawan kak pun dapat voucher RM500 je tapi tak dapat free gift macam kami dapat. Dia bagitahu kawan-kawan jurujual dia,  APA??KAKAK NI BERTUAH?? KAD NI ADA 7 JE DALAM MALAYSIA yang syarikat bagi sempena ulangtahun syarikat..WOW bertuahnya akak… Kami dah gembira sebab mulanya ingat bayar RM50 dan dapat 2 barang tu. Rupa-rupanya… kami kena beli barang VVIP ECCOMATE ni satu baru dapat 2 barang tu. Dia pun suruh tengok harga barang yang selected.






Contohnya, kalau mak saya ambil pengurut kaki yang berharga RM2898 dapat la tolak RM50 dari voucher. Jadi kena bayar RM2848. Dapat la induction cooker + penapis air yang berharga RM6k++. Untung ke tak untung. Cuba tengok harga induction cooker dalam majalah ni (kalau tak silap majalah keluarga) produk G-Orange katanya yang berharga RM10,000, kalau tak percaya tengok sendiri. Kami memang tengok harga induction cooker tu memang berharga RM7k++ dan RM10K++.Mak saya kata takpe lah, kami pergi beli barang dulu. Dia cakap sekali dah keluar kedai,voucher ni dah tak sah. Rugi tak beli kak, dapat 2 barang sekaligus. Cara pembayaran boleh buat secara cash atau guna kredit kad. Mak saya menolak sebab kami takde cash RM2848 pada hari ini dan masa ini. Mak saya pun tak guna kredit kad. Saya mencadangkan untuk memberitahu ayah saya tentang ini. Tapi Jurujual tu kata, tak payah bagitahu ayah, nanti ayah tak bagi beli sebab lelaki barang-barang dapur begini dia tak ambik kisah. Kami dah bersedia untuk keluar kedai tapi jurual tu memancing lagi, sabar la dulu kak.... takpe kita ada satu cara lagi iaitu boleh bayar cash dalam masa 7 hari (tiba-tiba boleh pula berkompromi). Kalau tak nak bayar cash, kami boleh bayar ansuran paling lama 3 bulan atau 6 bulan tapi barang tak boleh ambil lagi. Kalau kak dapat bayar cash dalam masa 7 hari, barang terus boleh dapat dan kak boleh masuk peraduan CASH & WIN (tiba-tiba ada peraduan lain) yang memang akan dapat satu barang dan bukan kalau buka kad tu dapat TERIMA KASIH. Ada TV lcd, telefon sambung dan macam-macam lagi. Jurujual sorang lagi menambah, kalau kak bayar cash dalam 7 hari lagi untung akan dapat 4 barang. Kami macam terpengaruh.  Kak kena bayar deposit dulu lah hari ni macam-macam mana pun. Mak saya pun membayar deposit RM500. Jadi kami hanya perlu membayar RM2348. Kami pun berlalu pergi.
Setelah berbincang, disebabkan barang tak dapat kalau kami bayar secara ansuran. Kami  bercadang untuk bayar secara cash dan boleh masuk peraduan CASH & WIN untuk dapat 4 barang. Jadi, pada Selasa, 20/5/2014, mak saya dan saya membayar RM2348 secara cash dan membuat pilihan kad untuk peraduan CASH & WIN. Saya berhasrat untuk memenangi TV lcd. Tapi tuah tidak memihak, saya hanya dapat steam iron. Seakan mengambil kesempatan dengan keinginan saya, jurujual tersebut membuka peluang untuk koyak kad lain, atau peraduan lain sempena pelanggan yang bayar cash.  Mak saya dan saya menolak. Katanya, ala koyak je... biasanya banyak ada TERIMA KASIH JE... sebab peraduan ni hanya untuk orang yang bayar cash. Jurujual tu tunjuk pilihan hadiah yang akan menang. Kalau tak nak pun, koyak je... Sebab nak balik cepat, saya pun ambil dan koyak je.Saya tengok ada perkataan TAHNIAH, lepas tu label F. F bermaksud kami menang 4 barang. Saya tunjukkan voucher tu dan tiba tiba semua jurujual tu terbeliak biji mata macam terkejut (buat-buat terkejut lagi rupanya). Dia cakap TAHNIAH sebab kami dah menang LAGI besar. Katanya, kami dapat hadiah LAGI besar. Hari tu dapat 2 barang free, sekarang dapat 4 barang free iaitu set periuk belanga stainless steel, pressure cooker, steamer  iron dan steamer sets. Kami dah gembira. Ingatkan menang tapi rupanya kena beli 1 barang lain baru dapat 4 barang free yang berharga RM7k++. Katanya, ruginya kalau tak beli, sebelum ni hanya dapat 2 barang. Katanya, macam biasa buat bayaran deposit RM500, kalau tidak tawaran ni akan lesap. Mak saya bertanya, boleh tak deposit kurang daripada RM500. Katanya tidak boleh. Mak saya dan saya punj menolak, sebab kami dah habiskan duit untuk bayar peraduan yang pertama tu. Kami dah nak balik, tapi tiba-tiba katanya deposit boleh la kalau kurang RM500 pun. Kami terpengaruh. Mak saya pun bayar RM200 sebagai deposit. Dalam perjalanan balik rumah, saya terfikir kenapa peraduan yang kena bayar selalu je bertuah tapi peraduan yang memang dapat free, tak bertuah, malah dapat barang yang paling murah. Ke memang peraduan ni dirancang? jurujual memang dah tahu apa yang kita akan dapat setelah koyak kad tu.

Sampai di rumah, saya search kedai dan produk eccomate. Memang takde produk ni. Saya jadi risau. Saya seach koyak dan menang... dan keluar banyak link dan cerita orang yang dah pernah kena sejak 2012...Kalau dulu, kita dengar cerita gores & menang tapi sekarang dah bertukar pula pada koyak & menang. Modus operandi masih sama. Jenama barang pun selalu bertukar, mula-mula ROSET GERMANY, lepas tu EWAY,lepas tu La VIDA, KENZO dan sekarang ECCOMATE. Saya dan mak saya baru perasan kami ditipu. Memang betul yang ramai orang komplain, barang-barang yang diberi, takde tanda sirim. Saya telefon jurujual untuk bertanya tentang tanda sirim, katanya produk yang dijual adalah jenama antarabangsa, produk Malaysia sahaja yang ada tanda sirim. Yakin saya ditipu,saya nekad untuk melaporkan pada KKPDNK dan TTPM. Ramai dalam kalangan pengguna yang lapor pada KKPDNK dan dapat duit balik. Manakala ramai juga yang takut dan pasrah ditipu.





1 comment:

Unknown said...

Gambling Sites and Gambling Sites for South Africa - Airjordan20 Retro
The South African air jordan 18 retro men from us government's efforts to create air jordan 18 retro men blue to me a air jordan 18 retro toro mens sneakers to you world of online gambling jordan 18 white royal blue great site have find air jordan 18 retro men been hindered by the South African government's failure to respond to the