Aku geram sangat sbb aku membeli brg sbb kena tipu... kena tipu sbb lakonan semataa2.. aku yg degree ni pun kena tipu (aku pernah baca ada org phd pun ade kena tipu)
Ni report yg aku buat kt PKDNKK secara online.. harap dpt membantu org lain yg kena tipu.. klw nak fast action fast result pergi pejabat KDNKK.. jgn buat on9 mcm aku.. lambat.. n aku pun sbb sedehhhhhhhhhhh sgt aku ditipu and slow action. Aku berhenti setakat itu je.. setakat report kt KPDNKK... bukan nk fight ambik balik duit aku... rugi rugi..
(Jumaat
16/5/2014) 10.30pagi di Pasaraya Nirwana, Kubang Kerian,Kelantan.
Mak saya dan saya serta
adik saya berhasrat untuk membeli barangan keperluan di Pasaraya Nirwana,
Kubang Kerian, Kelantan. Saya ditegur oleh jurujual untuk mengisi borang. "Kami sedang melakukan survey / kajian. Pada mulanya, mak saya
menolak, tapi katanya isi borang je kak. Tolong dia isi survey dimana cawangan
lain yang patut syarikat dia buka. Dia dapat RM3 untuk setiap pelanggan yang
hanya isi satu borang. Satu bonus untuk dia jika ketiga-tiga kami isi borang
survey tersebut. Disebabkan simpati, kami bersetuju untuk isi survey. Kami
diberi satu biodegradable beg secara percuma. Masa nak keluar, jurujual tu
cepat tahan kami. Sabar, katanya, dalam setiap beg ada satu voucher. Cuba la
buka dulu. Mak saya kata, lepas beli barang kami datang balik.
“Sekejap, sabar kak..cuba koyak
kad ni dulu. Selalu tulis TERIMA KASIH saja..kita cuba tengok dulu. Jurujual tu ambil voucher dan tolong koyakkan untuk
kami dan suruh saya buka... Saya tengok voucher tu ada
perkataan tahniah dan ada voucher RM50, LIMITED EDITION gambar induction cooker
+ penapis air yang kedua-duanya berjumlah RM6k++. Saya
tunjukkan voucher tu dan tiba tiba jurujual tu terbeliak biji mata macam terkejut (buat-buat
terkejut rupanya). "Tahniah anda
adalah pemenang bertuah""Tak sangka anda juga pemenang yang amat
bertuah hari ini" Dia cakap dia pun
tak pernah tengok kad tu. Katanya, kami dapat hadiah besar. Dia bagitahu kawan-kawan jurujual dia, APA??KAKAK NI BERTUAH?? KAD NI ADA 7 JE DALAM
MALAYSIA yang syarikat bagi sempena ulangtahun syarikat..WOW bertuahnya akak…
Kami dah gembira sebab mulanya ingat bayar RM50 dan dapat 2 barang tu.
Rupa-rupanya… kami kena beli barang VVIP ECCOMATE ni satu baru dapat 2 barang
tu. Dia pun suruh tengok harga barang yang selected. Contohnya, kalau mak saya
ambil pengurut kaki yang berharga RM2898 dapat la tolak RM50 dari voucher. Jadi
kena bayar RM2848. Dapat la induction cooker + penapis air yang berharga
RM6k++. Cara pembayaran boleh buat secara cash atau guna kredit kad. Kami dah
bersedia untuk keluar kedai tapi jurual tu memancing lagi, sabar la dulu kak. Disebabkan
hadiah ni jarang orang dapat, saya akan tolong akak. Takpe kita ada satu cara
lagi iaitu boleh bayar cash dalam masa 7 hari. Katanya lagi, kalau tak nak
bayar cash, kak boleh bayar ansuran paling lama 3 bulan atau 6 bulan tapi
barang tak boleh ambil lagi. Kalau kak dapat bayar cash dalam masa 7 hari,
barang terus boleh dapat dan kak boleh masuk peraduan CASH & WIN (tiba-tiba
ada peraduan lain). Ada TV lcd, telefon sambung dan macam-macam lagi. Mak saya
pun membayar deposit RM500. Pada Selasa, 20/5/2014, mak saya dan saya membayar
RM2348 secara cash dan membuat pilihan kad untuk peraduan CASH & WIN. Kami dapat
steam iron. Semasa kami nak pergi, jurujual tu suruh kami koyak kad lagi sempena
pelanggan yang bayar cash. Kalau tak nak pun, koyak je. Sebab nak balik cepat,
saya pun ambil dan koyak je.Saya tengok ada perkataan TAHNIAH, lepas tu label
F. Saya tunjukkan voucher tu dan tiba-tiba semua jurujual tu terbeliak biji
mata dan tepuk tangan ada yang melompat sebab terkejut (buat-buat terkejut
lagi rupanya). Dia cakap TAHNIAH sebab kami dah
menang LAGI besar. Hari tu dapat 2 barang free, sekarang dapat 4 barang free iaitu set periuk
belanga stainless steel, pressure cooker, steamer iron dan steamer sets yang berharga RM7k++.Katanya, macam biasa buat bayaran
deposit RM500, kalau tidak tawaran ni akan lesap. Mak saya bertanya, boleh tak
deposit kurang daripada RM500. Katanya tidak boleh. Mak saya dan saya pun
menolak, sebab kami dah habiskan duit untuk bayar peraduan yang pertama tu.
Kami dah nak balik, tapi tiba-tiba katanya deposit boleh la kalau kurang RM500
pun. Kami terpengaruh. Mak saya pun bayar RM200 sebagai deposit.
Dalam perjalanan balik rumah, saya terfikir kenapa
peraduan yang kena bayar selalu je bertuah tapi peraduan yang memang dapat
free, tak bertuah, malah dapat barang yang paling murah. Ke memang peraduan ni
dirancang? jurujual memang dah tahu apa yang kita akan dapat setelah koyak kad
tu.
Sampai di rumah, saya search kedai dan produk
eccomate. Memang takde produk ni. Saya jadi risau. Saya seach koyak dan
menang... dan keluar banyak link dan cerita orang yang dah pernah kena sejak
2012...Kalau dulu, kita dengar cerita gores & menang tapi
sekarang dah bertukar pula pada koyak & menang. Modus operandi masih sama.
Cuma jenama barang je selalu bertukar, mula-mula ROSET GERMANY, lepas tu
EWAY,lepas tu La VIDA, KENZO dan sekarang ECCOMATE. Saya dan mak saya baru
perasan kami ditipu. Memang betul yang ramai orang komplain, barang-barang yang
diberi, takde tanda sirim. Saya telefon jurujual untuk bertanya tentang tanda
sirim, katanya produk yang dijual adalah jenama antarabangsa, produk Malaysia
sahaja yang ada tanda sirim. Yakin saya ditipu,saya nekad untuk melaporkan pada
KKPDNK dan TTPM. Ramai dalam kalangan pengguna yang lapor pada KKPDNK dan dapat
duit balik. Manakala lebih ramai juga yang takut dan pasrah ditipu. Esoknya,
mak saya bertanya kawannya yang dapat voucher RM500 dan beli penapis air, belum
sempat bertanya lebih lanjut, dia cakap dia ditipu. Terus dia memaki hamun
penjual yang menipu dan barang yang dibeli tidak berkualiti. Kawan mak saya
guna kredit kad untuk bayar dan saya yakin, kredit kad dia diswap harga sebenar
bukan harga ansuran. (Seperti yang dikatakan ansuran hanya dengan kredit kad).
Dan
saya bertambah yakin saya dan mak saya ditipu disebabkan:
1)
Cara pembelian barang adalah melalui peraduan koyak dan menang.
2)
Taktik yang digunakan sama seperti orang lain yang dah pernah ditipu.
Memanipulasikan pelanggan. Kami dibutakan dengan harga induction cooker dalam
majalah yang berharga RM10k++ dan RM7k++ sedangkan produk adalah jenama lain.
Produk yang dibeli daripada jerman, luar negara, berkualiti.
3)
Barang yang dibeli dan diberi tidak ada tanda sirim. Biasanya hologram sirim
akan ada pada produk.
4)
Tiada waranty kad. Biasanya sesuatu produk akan ada waranty kad di dalam kotak.
Katanya waranty kad di resit pembelian. Tapi di resit penmbelian tidak
menyatakan apa-apa yang berkaitan dengan waranty.
5)
Katanya telah bertapak di MYDIN bulan 3/2012 hingga bulan 4/2013 dan seterusnya
di Nirwana sejak bulan 5/2013 hingga
sekarang. Maknanya kedai eccomate ni suka berpindah randah. Dan saya yakin
tahun 2013 saya masih belum nampak kedai ni di Nirwana. Saya yakin saya baru
nampak kedai ni dalam bulan 5/2014 sebab set up dia masih baru.
Antara jenis
tuntutan yang saya ingin kemukakan di Tribunal:
1) Gambaran yang mengelirukan
mengenai harga.
·
Peraduan pertama:
Beli satu barang dalam VVIP list. (Kami beli pengurut
kaki RM2898)
Menang 2 barang yang kesemuanya berharga RM6K++
Induction
cooker yang dijual RM3698 + penapis air RM3298 = RM 6996
·
Peraduan Kedua:
Beli satu barang VVIP list. (Kami bayar deposit untuk pengurut
kaki RM 200)
Menang 4 barang yang kesemuanya berharga RM7K++
Stainless steel cookware sets RM3698 + pressure cooker
RM500++ + steamer iron katanya RM699++
(sebab di MYDIN jual RM750++) + steamer sets RM ???= after saya tambah-tambah
eh tak sampai RM7K++ pun... katanya menang RM7k++.
2) Standard
keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang
Semua barang yang
dibeli dan diberi TIADA LOGO SIRIM... saya check semua peralatan eletrik di
rumah, KHIND, TOSHIBA, PENSONIC, PANASONIC, SAMSUNG, semua ada pelekat hologram
sirim. Katanya, produk antaranbangsa tidak perlu tanda sirim, Panasonic adalah
jenama jepun, tapi tetap ada logo sirim.